Demi Konsert Billie Eilish Malam Ini, Peminat Mula Beratur Seawal 5 Pagi, Geng Bermalam Pun Ada

EntertainmentMusic
18 Aug 2022 • 2:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penyanyi popular antarabangsa, Billie Eilish dilaporkan sudah tiba di Malaysia untuk konsert Happier Than Ever The World Tour 2022 yang dijadualkan berlangsung malam ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Memetik laporan Harian Metro, para peminat yang membeli tiket di standing zone dilihat sudah mula beratur seawal jam 10 pagi untuk mendapatkan tempat terbaik meskipun terpaksa berpanas.

image is not available

Difahamkan, ada juga yang sudah menunggu daripada malam tadi. Fuh!

image is not available

image is not available

Terdahulu, tular gambar memaparkan foto artis pop berusia 20 tahun tersebut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selepas itu, Billie dilihat bersiar-siar ke Plaza Sungai Wang sementara menunggu konsertnya malam ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.