Peminat Teruja Untuk Jumpa Billie Eilish, Beratur Dari Malam Tadi Sebab Nak Dapat ‘Front Row’

Entertainment
18 Aug 2022 • 1:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak hari semalam lagi, hangat diperkatakan di media sosial mengenai selebriti terkenal antarabangsa yang dikatakan akan membuat konsert di Kuala Lumpur pada hari ini.

Siapa lagi kalau bukan Billie Eilish, penyanyi dari Amerika Syarikat yang telah mencetus fenomena dengan lagunya yang kena dengan jiwa pendengar pada era ini. Difahamkan juga, konsert tersebut akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini bertarikh 18 Ogos 2022 pada jam 8:30pm.

Dalam pada itu, tular beberapa perkongsian video di TikTok yang menggambarkan situasi peminat yang menunjukkan rasa teruja untuk menghadiri konsert sulungnya di Malaysia sekaligus melihat artis pujaan mereka betul-betul depan mata.

Peminat dah ‘berkhemah’ sejak tengah malam

Beberapa video telah dikongsikan oleh pengguna TikTok yang memaparkan suasana pada malam sehari sebelum konsert berlangsung. Ada beberapa peminat yang sudah berkhemah sejak tengah malam tadi demi mendapatkan view yang menarik semasa konsert berlangsung nanti.

Ada juga yang siap membawa selimut, kipas portable, payung, makanan seperti maggi dan beberapa barang untuk diberi kepada artis pujaan mereka.

Video tersebut telah dikongsikan di laman TikTok Nadia (@constipatedvegetable) yang memaparkan suasana di stadium sejak pukul 4 pagi.

“Kami di barisan ke-10 masa sampai awal pagi.”

Min sangat impress dengan peminat Billie Eilish sebab sanggup beratur awal pagi demi konsert yang akan berlangsung pada malam ini. Lama tu nak tunggu! Min harap penonton hari ini sentiasa berjaga-jaga dan enjoy the concert!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.