Demi Nak Bagi Rasa Nasi Ayam, Lelaki Kongsi Rakan Non-Muslim Sanggup Beli Ayam Halal Di Pasar

3 Jul 2026 • 10:51 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mendapat seorang rakan yang baik juga adalah satu rezeki dan nikmat yang perlu disyukuri. Meskipun berbeza agama, bangsa dan kepercayaan namun sikap saling hormat-menghormati dan rasa sayang ditunjukkan membuatkan sebuah hubungan menjadi akrab.

Rakan non-muslim sanggup beli barang mentah halal untuk bagi rasa makan nasi ayam

Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsi mengenai rakan yang berbeza agama sanggup ke pasar untuk membeli barangan mentah halal demi memberinya merasai nasi ayam dimasak sendiri.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Haimi Shamsudin di Threads, dia memaklumkan dia bekerja di Singapura dan mempunyai ramai kenalan daripada pelbagai bangsa.

“Ni kawan chinese (berbangsa cina) aku. Apek (uncle) lah, dia dah pencen, sekarang suka masak-masak.

“Dia bagitahu aku, suruh cuba nasi ayam dia (masak) sedap gila,” ujarnya.

Awalnya terpaksa tolak kerana tak nak menyusahkan

Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh Haimi kerana enggan menyusahkan rakannya yang dikenali sebagai Choon.

Ini kerana, Choon perlu menyediakan makanan halal sekiranya mahu memberinya makanan.

Kawan sanggup pergi pasar demi beli ayam yang halal dan guna barang perkakas berasingan

“Lepas tu hari ni, dia pergi pasar beli ayam halal.”

Malah rakannya itu turut memaklumkan dia juga menggunakan perkakas dan peralatan memasak yang berasingan. Di mana ia tidak dicampuri dengan perkakas untuk masakan yang tidak halal.

“Jangan risau kawan. Saya tahu awak muslim, semua mesti halal. Hari ini dia datang jalan kaki hantar depan depot tempat aku kerja. Makan banyak-banyak dia cakap, awak kerja kuat bawa orang ramai,” jelasnya lagi.

Turut kongsi gambar nasi ayam yang diterima daripada Choon

Dalam hantaran tersebut, Haimi turut berkongsi tangkap layar menunjukkan rakannya itu menunjukkan ayam mentah yang dibelinya serta foto nasi ayam yang diterimanya.

Menerusi satu lagi hantaran, Haimi turut berkongsi Choon mengajarnya bagaimana mahu memanaskan ayam yang diberikan agar ia kekal lazat ketika dimakan.

View on Threads

Haimi puji nasi ayam sedap, rakan siap bagi lagi sebungkus untuk bawa balik

“Sambung cerita nasi ayam tadi. Choon tanya habis kerja pukul berapa malam ni. Dia cakap ayam halal ada lagi sikit, nak suruh aku bawa balik.

“Tahu-tahu dia tunggu aku dekat hentian bas yang aku akan lalu. Dia bagi lai sebungkus nasi ayam sebab petang tadi aku dah WhatsApp dia bagitahu dia masak (nasi ayam) sedap.”

View on Threads

Ramai puji dan sifatkan ada kawan baik adalah satu rezeki

Melihat di ruangan balas, ramai memuji usaha Choon kerana sanggup membeli barangan mentah halal serta perkakas berasingan untuk memberi rakan muslimnya menikmati nasi ayam yang dimasak sendiri.

Tidak kurang ada yang menyifatkan ia adalah satu rezeki apabila mendapat kawan yang baik walaupun berlainan agama.

Ada juga meminta Haimi untuk membalas semula kebaikan Choon dengan masakan yang sedap.

“Balas balik usaha dia masakkan untuk awak. Tak semua orang baik. Tapi rezeki awak jumpa orang baik”

Image from: Demi Nak Bagi Rasa Nasi Ayam, Lelaki Kongsi Rakan Non-Muslim Sanggup Beli Ayam Halal Di Pasar

“Baiknya rezeki betul dapat kawan yang faham dan hormat agama kita”

Image from: Demi Nak Bagi Rasa Nasi Ayam, Lelaki Kongsi Rakan Non-Muslim Sanggup Beli Ayam Halal Di Pasar

“Ini adalah kasih sayang sebenar. Hati saya sejuk membacanya. Terima kasih kerana berkongsi”

Image from: Demi Nak Bagi Rasa Nasi Ayam, Lelaki Kongsi Rakan Non-Muslim Sanggup Beli Ayam Halal Di Pasar
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved