Demi Patuhi Garis Panduan Malaysia, Muse Keluarkan Satu Lagu Dari Senarai

30 Jul 2023 • 2:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Demi mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, kumpulan Muse bertindak untuk tidak menyanyikan sebuah lagu pada konsert Muse: Will of the People World Tour in Kuala Lumpur, di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Menerusi satu hantaran oleh ERA Sabah di Facebook, pihak Muse telah menghubungi wakil penganjur Hello Universe Malaysia, Adam Ashraf, untuk mengusulkan mahu keluarkan lagu tersebut daripada senarai yang ingin dipersembahkan.

image is not available

“Mereka menghubungi kami tidak lama selepas insiden itu heboh seluruh dunia. Selepas perbincangan, mereka putuskan untuk buang satu daripada senarai lagu dipersembahkan kerana judulnya.

“Terharu dapat tahu mereka bersungguh-sungguh ingin menghibur tapi pada masa sama menghormati garis panduan kita,” katanya.

Terdahulu, kumpulan The 1975 telah menimbulkan kontroversi apabila vokalisnya, Matt Healy membuat aksi tidak senonoh di atas pentas, selain menghina kerajaan Malaysia. Susulan itu, kerajaan Malaysia telah mengarahkan pihak penganjur untuk membatalkan baki festival tersebut.

Kredit: ERA Sabah

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.