
Tular di media sosial TikTok mengenai satu video memaparkan situasi di sebuah gudang menjual kuih raya yang kecoh.
Dalam video tersebut situasi dilihat riuh dan kecoh gara-gara pelanggan berebut dan bersesak-sesak demi mendapatkan stok kuih raya popular kedai berkenaan iaitu kuih ‘Dark Famous’ dan ‘Bangkit Cheese’.
Belum sempat pekerjanya meletakkan kuih-kuih raya di bahagian ‘display’, pelanggan sudah berebut sehinggakan keadaan menjadi tidak terkawal dan ada yang hampir jatuh akibat kesesakan itu.
Namun, situasi itu telah mengundang respon pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya kesal dengan sikap pelanggan yang tidak menghiraukan batas aurat ketika mendapatkan kuih raya.
Ada juga yang mencadangkan agar peniaga membuat kaedah yang lebih sistematik buat para pelanggan agar adil dan tidak perlu bersesak dan berebut seperti di dalam video itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Hidang Kambing Dan Kerang Bakar Untuk Moreh, Individu Kongsi 'Reviu' Surau Elmina Gardens Sebagai 'T20' -"Surau Pun Bersih Dan Kemas"
The post “Demi Sebalang Dark Famous Dan Bangkit Cheese” – Video Orang Ramai Berebut Beli Kuih Raya Mengundang Kritikan Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

