Demi Selamatkan Anak Kucing, Keberanian Lelaki Ini Buat Ramai Kagum

24 Nov 2026 • 5:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Demi Selamatkan Anak Kucing, Keberanian Lelaki Ini Buat Ramai Kagum

Tindakan seorang lelaki yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan seekor anak kucing dipercayai terjatuh ke dalam sungai mengundang perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna akaun @lamlamolas memuji keberanian lelaki berkenaan yang tidak teragak agak menghulurkan bantuan kepada haiwan tersebut.

Image from: Demi Selamatkan Anak Kucing, Keberanian Lelaki Ini Buat Ramai Kagum
Kredit: Threads lamlamolas

Malah, pengguna itu turut mendoakan agar segala urusan lelaki berkenaan sentiasa dipermudahkan.

"Kudos kepada lelaki ini yang sanggup mempertaruhkan keselamatan dirinya untuk menyelamatkan anak kucing itu.

"Semoga lampu isyarat tuan sentiasa hijau dan segala urusan dipermudahkan. Terbaik," kongsi @lamlamolas.

Meninjau ruangan komen, tindakan lelaki itu turut mendapat pujian warganet yang tersentuh dengan keprihatinannya terhadap haiwan.

Pengguna akaun @shhzwn93 turut mempersoalkan risiko kehadiran buaya di sungai berkenaan, namun tetap memuji keberanian lelaki tersebut.

Image from: Demi Selamatkan Anak Kucing, Keberanian Lelaki Ini Buat Ramai Kagum
Kredit: Threads lamlamolas

"Bukankah di Sarawak banyak buaya? Hormat kepada lelaki ini. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan nyawa makhluk Tuhan. Semoga segala urusan sentiasa dipermudahkan dan terus menjadi insan yang baik. Malaysia memerlukan lebih ramai individu berani dan berhati mulia seperti ini," komennya.

Sementara itu, @nedi.doo menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang yang berani, selain menghargai tindakannya menyelamatkan haiwan tersebut.

"Berani. Bukan calang calang orangnya, banyak ilmu dan berhati baik. Terima kasih banyak," katanya.

Pengguna akaun @aniqaliq pula tertanya tanya bagaimana kucing itu boleh terjun ke dalam sungai, selain bersyukur kerana kejadian tersebut tidak melibatkan serangan buaya.

"Bagaimana kucing boleh terjun ke dalam sungai? Nasib baik tiada buaya," katanya.

Dalam pada itu, @jf_34.92 turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki berkenaan dan mendoakan agar rezekinya sentiasa dilapangkan.

Baca juga:

"Terima kasih, insan yang baik. Semoga rezeki sentiasa dilancarkan. Kucing kucing pun suka bermain di tepi sungai, takut terjatuh pula," selorohnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved