Denda RM40,000, gagal bayar cukai

LocalBusiness & Finance
26 Feb 2025 • 3:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Sebuah syarikat dan tiga lembaga pengarahnya dikenakan denda keseluruhan RM40,000 kerana gagal membayar cukai perkhidmatan bernilai RM280,834.02 antara Julai 2022 dan Februari 2024.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Lektronex Engineering Sb, Chong Chi Ming @ Elvis Chong, 53, Mahmod Tahir, 80, Musah Edris, 69, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pada Selasa.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh membayar RM1,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan di mana setiap daripada mereka mempunyai 10 pertuduhan. Setiap daripada mereka perlu membayar denda RM10,000.

Syarikat dan pengarah gagal membuat pembayaran cukai perkhidmatan dalam tempoh ditetapkan antara Julai 2022 dan Februari 2024.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 26(8) akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum sehingga RM50,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mereka memang mengemukakan cukai jualan dan perkhidmatan SST-02 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam tempoh ditetapkan tetapi gagal membayar.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mereka juga gagal membayar penalti kerana kelewatan pembayaran.

Dalam mitigasi, mereka memohon denda yang paling rendah.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Kastam Azizah Talibe menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang kena cukai lain.

Mereka membayar denda tersebut.