Dendam Dipercayai Motif Dua Beranak Dibunuh Di Juru – Polis

LocalPolitics
30 Oct 2025 • 10:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pembunuhan seorang wanita dan anak angkatnya di Kampung Sekolah Juru pada 18 Oktober lalu dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Aizee Ismail berkata, hasil siasatan itu susulan penahanan suspek utama iaitu lelaki warga Nepal berusia 35 tahun di Selangor pada 24 Oktober ketika melarikan diri daripada pihak berkuasa.

image is not available

“Reman terhadap suspek utama akan tamat esok dan polis akan memohon perintah itu disambung bagi melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

image is not available

Menurut Aizee, dua lagi lelaki Nepal termasuk abang kepada suspek utama akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas perintah reman tamat esok.

Dendam Dipercayai Motif Dua Beranak Dibunuh

Sebelum ini, media melaporkan Sariya Che Hin, 51, ditemukan maut di dapur manakala anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemukan di tingkat atas rumah sewa mereka.

image is not available

Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa berusia 57 tahun dan tiga lelaki Nepal bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA