Dengan Harga RM18,999, Apple Lancar Mac Studio Dengan Cip M2 Ultra

Digital
7 Jun 2023 • 12:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pada acara WWDC 2023, Apple telah mengumumkan Mac Studio baharu yang dilengkapi dengan dua pilihan cip iaitu M2 Ultra dan M2 Max.

Apple memaklumkan Mac Studio menawarkan peningkatan prestasi yang lebih berkuasa dari model sebelumnya.

Dalam pada itu, Mac Studio dengan M2 Ultra menawarkan peningkatan prestasi sehingga 6 kali ganda menggunakan CPU 24 teras dan GPU 76 teras.

image is not available

Bagi Mac Studio dengan cip M2 Max hadir dengan prestasi sehingga 4 kali ganda berbanding model yang sebelum ini.

Tambahan, bagi Mac Studio ini juga dilengkapi dengan RAM sehingga 192GB dan storan dalaman sehingga 8TB.

Malah, Mac Studio yang terbaharu ini menyokong sehingga resolusi 8K dengan paparan 240Hz dan menyokong sehingga 6 monitor Pro Display XDR dengan resolusi 6K setiap satu.

image is not available

Sementara itu, bagi pasaran Malaysia Mac Studio baharu ini dijual pada harga bermula RM9,499.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.