“Dengan sepenuh tenaga” – Individu Terkejut Tiba-tiba Ditampar Makcik Ni Di Stesen LRT

Entertainment
24 Feb 2023 • 12:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika ada di antara korang menaiki pengangkutan awam seperti LRT ke tempat kerja dan lain-lain, berhati-hati ye kalau berhadapan dengan orang seperti di bawah ini.

Menerusi perkongsian seorang individu bernama @/pey_loy di Twitter, semalam, ketika di stesen LRT Hang Tuah, dia tak semena-mena telah dilempang oleh seorang makcik yang tidak dikenali.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang beratur untuk keluar dari LRT dan susulan itu, dia telah menjerit untuk meminta bantuan daripada pihak polis di stesen berkenaan.

“Dia menampar pipi kawan saya sehingga cermin mata jatuh ke lantai”

Tambahnya lagi, menerusi pemerhatiannya, makcik berkenaan didakwa kelihatan seperti kurang siuman dan tidak waras.

Walaupun berasa sedih dan sakit hati, dia tidak dapat berbuat apa-apa selain membuat laporan berkenaan hal tersebut.

Dia bersama rakannya walau bagaimanapun terserempak dengan makcik tersebut di platform 1 stesen LRT itu dan segera menunjukkan suspek kepada pihak polis.

Namun tak disangka, rakannya pula terkena tamparan wanita tersebut yang cuba melarikan diri daripada mangsa dan pihak polis. Fuh kuat tamparan dia tu, sampai terpelanting cermin mata kawan dia.

Mereka bagaimanapun berjaya buat laporan polis berkaitan hal tersebut dan berterima kasih kepada PDRM dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Haih macam-macam ye. Apa-apapun good job buat PDRM bertindak pantas bantu mangsa dalam apa jua keadaan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.