“Dengar azan dari aplikasi je” – Pelancong Indonesia Dakwa Tak Dengar Azan Berkumandang Sepanjang Di Malaysia

Entertainment
23 May 2024 • 12:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita Indonesia mendakwa dirinya tidak mendengar azan berkumandang walaupun terdapat banyak masjid sepanjang berada di Malaysia. Pengakuannya itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Ia susulan sebuah video yang dimuat naik wanita itu, memaparkan dirinya sedang terharu apabila mendengar azan berkumandang setelah tiba di lapangan terbang di tanah airnya.

Menerusi video terbabit, dia mendakwa selama berada di Malaysia dan Singapura, tidak pernah mendengar laungan azan.

Dalam video berasingan, wanita itu mendakwa ketika dia berada di Johor, dia tidak melihat masjid sepanjang perjalanan yang majoritinya adalah penduduk Cina.

Namun, tambahnya lagi, jika berada di lokasi yang terlihat masjid ketika berkunjung di Kuala Lumpur dan Terengganu, dia mendakwa tidak mendengar suara azan seperti yang diharapkan.

Katanya lagi, dia terpaksa mendengar suara azan dari aplikasi Muslim Pro yang dimuat turun pada telefon pintarnya.

Kenyataan wanita itu telah mengundang kecaman netizen di Malaysia kerana telah memberi perspektif buruk terhadap negara ini.

Rata-rata netizen mempersoalkan lokasi yang dikunjungi wanita itu mungkin bukan kawasan majoriti penduduk beragama Islam.

Bagaimanapun, netizen merasakan tidak logik dengan dakwaan itu kerana walaupun di kawasan majoriti bukan Islam, ada juga masjid dan surau selagi ada penduduk Muslim di situ.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sedar kenyataannya telah mencetuskan kemarahan netizen Malaysia, wanita terbabit tampil membuat permohonan maaf dan dan menjadikan kejadian itu sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Sumber: X, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.