
Satu video menjadi tular di media sosial gara-gara seorang wanita Indonesia mendedahkan dia tidak mendengar azan berkumandang ketika melawat beberapa negeri di Malaysia.
Ujarnya, dia sudah mengunjungi Kuala Lumpur, Terengganu dan Johor dan mendakwa tidak kelihatan kewujudan masjid di sepanjang perjalanan ke lokasi-lokasi tersebut.
Tambahnya lagi, dia ada bertemu sebuah masjid ketika melawati Kuala Lumpur dan Johor Bahru namun mengeluh kerana tidak mendengar azan.
Wanita itu juga mendakwa dia hanya mendengar azan dari aplikasi Muslim Pro yang dimuat turun pada telefon bimbitnya.
Manakala di satu video yang lain, dia ada memuat naik video menangis kerana mendengar azan sebaik tiba ke negara asalnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya warga Malaysia menganggap video tersebut sebagai mengarut dan memberi gambaran buruk terhadap negara ini.
Kalau dah belum masuk waktu, memanglah takde azan.
Memang trending sekarang ni. Indon dtg kt malaysia untuk mengutuk. Pelik. Jalan raya laa. Tahi tak flush.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Anak Zainal Abidin Hassan Dapat Hak Penjagaan Interim Anak, 'Hashtag' Mencuri Tumpuan - "#KononYangPalingTeraniaya"
The post (VIDEO) “Saya Tidak Menemukan Masjid” – Wanita Indonesia Ini Dikecam Kerana Dakwa Tak Dengar Azan Solat Di Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



