“Dengar sampai habis” – Suami Kongsi Pengalaman Hantar Isteri Bersalin Di Hospital Shah Alam

21 Mar 2023 • 12:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebut pasal Hospital Kerajaan, pastinya mengundang banyak persepsi yang kurang enak lebih-lebih lagi apabila melibatkan layanan yang diberikan, masa menunggu yang lama, kekurangan parkir dan macam-macam lagi.

Kalau buat pencarian atau perkongsian berkenaan hospital kerajaan di media sosial, pastinya ia lebih kepada rungutan daripada pujian.

Terbaru, seorang pengguna TikTok (Zack Kinrara) telah berkongsi pengalamannya berurusan dengan Hospital Shah Alam ketika menghantar isterinya bersalin.

Menurut video yang disertakan dengan kapsyen “Tolong dengar sampai habis, Hospital Shah Alam” itu ditujukan kepada pihak pengurusan hospital berkenaan yang pada awalnya kedengaran tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya.

image is not available

Tambahnya lagi, pada awalnya dia tidak mahu memuat naik video sedemikian, namun disebabkan terpaksa, dia melakukannya juga dengan harapan ‘rungutannya’ didengari oleh pihak pengurusan dan kesemua yang terlibat.

“Layanan semua memang A!”

Pun begitu, rupa-rupanya video berkenaan bukanlah bertujuan untuk mengecam, tetapi sebagai tanda terima kasih dan memuji layanan yang diberikan oleh kakitangan di Hospital berkenaan dari mula sehingga habis.

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka bahawa layanan yang diberikan sangat memuaskan dan menyatakan beberapa contoh ‘kejadian’ yang telah berlaku seperti percakapan lemah lembut kakitangan, soalan dijawab dengan tenang walaupun dalam keadaan sibuk, doktor di wad NICU sangat membantu dan banyak lagi.

Selain itu, menurut Zack, dia juga tidak menyangka bahawa layanan yang diberikan oleh sebuah hospital kerajaan sangat memuaskan dan kredit harus diberikan kepada pengarah hospital berkenaan.

Memasuki ruangan komen, ramai juga yang bersetuju dengan perkongsian lelaki berkenaan sambil memuji kakitangan serta layanan yang mereka terima ketika di hospital yang sama.

Tidak kurang juga mereka yang ‘risau’ sekiranya Zack tidak berpuas hati kerana jika video berkenaan tidak ditonton sehingga selesai, pastinya ramai akan berpendapat bahawa dia telah mendapat layanan yang kurang baik.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.