“Dengki level apa ni” – Tular Video Letupan Berlaku Di Restoran Dekat JB, Suspek Diburu Polis

Entertainment
15 May 2023 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video tular berkenaan dengan letupan yang berlaku di sebuah restoran yang terletak di kawasan Jalan Abdul Samad, Johor Bahru kira-kira jam 4.15 pagi tadi.

Rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan sebuah kenderaan berhenti di kawasan luar premis tersebut dan dilihat seperti ada seseorang melemparkan sebuah objek sebelum berlaku letupan,

Menurut Buletin TV3, objek tersebut dipercayai sebuah bom dan pihak polis mengesyaki suspek seorang lelaki yang telah melemparkan objek terbabit dan kini sedang diburu polis.

image is not available

image is not available

Boleh tengok video penuh di sini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyifatkan bahawa ia mungkin disebabkan hasad dengki dan cubaan untuk sabotaj perniagaan pemilik restoran terbabit, bahkan ada juga yang menyifatkan bahawa ada kemungkinan ia berpunca daripada Ah Long.

Walau bagaimanapun punca sebenar kejadian tersebut masih belum dikenalpasti.

Mesti tak mampu bayar jin ni – Netizen

image is not available

image is not available

Bahaya betul zaman sekarang ni, ancaman merata-rata.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.