“Nak cari duit senang kerja malas” – Ramai Puas Hati Tengok Makcik ‘Ajar’ Peragut

Entertainment
15 May 2023 • 6:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular sebuah video seorang penunggang motosikal yang dipercayai peragut telah dihempuk dengan beg tangan oleh seorang wanita gara-gara mencuri.

Menurut sumber di Facebook, peragut telah berjaya ditangkap oleh orang awam selepas cuba mencuri seutas rantai di hadapan Restoran Taste of Chennai, Pusat Bandar Rawang, Selangor.

Menerusi video yang berdurasi dua minit 34 saat yang tular pada hari ini, dapat dilihat orang ramai telah berkerumun di sekeliling peragut sementara menunggu pegawai polis datang.

Difahamkan, peragut terbabit sempat dikejar oleh rider FoodPanda sebelum dibelasah oleh orang awam.

Kejadian yang ditularkan itu telah membuatkan rata-rata netizen puas hati melihat peragut berkenaan ‘diajar’ oleh seorang wanita yang dipercayai mangsa ragut.

“Nasihat kepada peragut, insaflah selepas ini ya. Dah cukup-cukup la karier kau sebagai peragut tak bawa ke mana. Buat benda yang berfaedah selepas ni,” tulis seorang pengguna media sosial.

Malah, ramai mengecam perbuatan peragut itu apabila dilihat mampu mencari kerja yang elok, tetapi memilih untuk meragut.

image is not available image is not available

Tiada sebarang laporan polis dikeluarkan setakat artikel ini ditulis.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.