DENZA D9 Prestige AWD EV Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM345,800

LocalCars
19 Nov 2026 • 1:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DENZA D9 Prestige AWD EV Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM345,800

DENZA Malaysia hari ini melancarkan DENZA D9 Prestige AWD baharu yang menerima beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan tahap keselesaan, prestasi dan pengalaman pemilikan.

Image from: DENZA D9 Prestige AWD EV Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM345,800

Antara penambahbaikan utama yang diberikan ialah penggunaan Bateri Blade Generasi Kedua BYD yang menyokong teknologi BYD Flash Charging. Dengan pengecas yang sesuai, bateri boleh dicas daripada 10% hingga 70% dalam tempoh lima minit, manakala pengecasan daripada 10% hingga 97% mengambil masa sekitar sembilan minit.

Image from: DENZA D9 Prestige AWD EV Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM345,800

DENZA D9 Prestige AWD turut menggunakan pek bateri berkapasiti 115.07 kWh yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 650 km mengikut kitaran NEDC. Sistem pacuan semua roda (AWD) yang digunakan pula menghasilkan kuasa maksimum 410 kW (557 PS) dan tork maksimum 445 Nm sekali gus membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat.

Image from: DENZA D9 Prestige AWD EV Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM345,800

Bagi meningkatkan keselesaan penumpang, DENZA D9 Prestige AWD turut dilengkapi teknologi DiSus-C yang mampu melaras tetapan kenderaan secara automatik mengikut keadaan jalan. Turut disertakan ialah pelbagai sistem bantuan pemandu (ADAS) seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Intelligent Cruise Control (ICC) dan Emergency Lane Keeping Assist (ELKA).

Image from: DENZA D9 Prestige AWD EV Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM345,800

DENZA D9 Prestige AWD menggunakan kemasan kulit Nappa bersama tempat duduk dengan fungsi urutan 16 titik, pengudaraan, pemanasan dan pelbagai tetapan elektrik. Tempat duduk barisan ketiga pula boleh dilaraskan secara elektrik dalam empat arah bagi meningkatkan keselesaan penumpang. Turut disertakan dua skrin Inforia bersaiz 12.8″ dan sistem audio Devialet dengan 16 pembesar suara. Ruang kargo pula menawarkan kapasiti sehingga 2,436 liter apabila tempat duduk barisan kedua dan ketiga dilipat atau 689 liter apabila kesemua tempat duduk digunakan.

Image from: DENZA D9 Prestige AWD EV Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM345,800

DENZA D9 Prestige AWD ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM345,800. Pembeli turut menerima waranti kenderaan selama enam tahun atau 150,000 km, selain servis penyelenggaraan berjadual percuma selama enam tahun. Bateri voltan tinggi pula dilindungi selama lapan tahun atau 160,000 km dengan jaminan tahap kesihatan bateri (SOH) tidak kurang daripada 72.5% manakala unit pacuan menerima waranti sehingga lapan tahun atau 160,000 km.

Image from: DENZA D9 Prestige AWD EV Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM345,800

Pelanggan yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2026 akan menerima pakej DENZA Care+ bernilai RM7,088 tanpa kos tambahan. Pakej tersebut menambah perlindungan bateri voltan tinggi sehingga 10 tahun atau 200,000 km. Selain itu, pemilik baharu DENZA D9 Prestige AWD serta model lain yang menggunakan Bateri Blade Generasi Kedua BYD termasuk DENZA Z9GT turut menikmati kemudahan BYD Flash Charging secara percuma selama setahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved