BYD Flash Charging Diperkenalkan Di Malaysia – Cas 10-70% Dalam 5 Minit

LocalCars
19 Nov 2026 • 1:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BYD Flash Charging Diperkenalkan Di Malaysia – Cas 10-70% Dalam 5 Minit

BYD Malaysia bukan sahaja memperkenalkan DENZA D9 Prestige AWD baharu malah turut membawa teknologi BYD Flash Charging ke Malaysia yang membolehkan proses pengecasan dilakukan dalam tempoh yang lebih singkat.

Image from: BYD Flash Charging Diperkenalkan Di Malaysia – Cas 10-70% Dalam 5 Minit

Teknologi BYD Flash Charging menyokong kuasa pengecasan sehingga 1,500 kW menerusi satu penyambung pengecas. Dengan sistem ini, tahap bateri boleh ditingkatkan daripada 10% hingga 70% dalam tempoh lima minit, manakala pengecasan daripada 10% hingga 97% mengambil masa sekitar sembilan minit.

Image from: BYD Flash Charging Diperkenalkan Di Malaysia – Cas 10-70% Dalam 5 Minit

Selain menawarkan pengecasan yang lebih pantas, BYD Flash Charging turut menggunakan reka bentuk pengecas yang berbeza berbanding kebanyakan pengecas EV sedia ada. Sistem ini menggunakan struktur berbentuk “T” yang membolehkan kabel pengecas dialihkan ke kiri atau ke kanan mengikut kedudukan kenderaan tanpa perlu diseret di atas lantai.

Image from: BYD Flash Charging Diperkenalkan Di Malaysia – Cas 10-70% Dalam 5 Minit

Sistem ini turut dilengkapi penyambung pengecas “zero-gravity” yang menggunakan pemegang pengecas lebih ringan bagi memudahkan proses pengecasan. BYD Flash Charging turut dilengkapi sistem simpanan tenaga terbina yang membantu membekalkan tenaga bagi menyokong pengecasan berkuasa tinggi termasuk di lokasi yang mempunyai bekalan elektrik terhad. Melaluinya, kemudahan pengecasan berkuasa tinggi dapat disediakan di lebih banyak lokasi tanpa memerlukan peningkatan kapasiti bekalan elektrik yang ketara.

Image from: BYD Flash Charging Diperkenalkan Di Malaysia – Cas 10-70% Dalam 5 Minit

Buat masa ini, kemudahan BYD Flash Charging telah mula beroperasi di tiga pusat pameran DENZA iaitu di Balakong, Glenmarie dan Jalan Klang Lama. BYD Malaysia turut merancang untuk meluaskan kemudahan tersebut ke beberapa lagi pusat pameran DENZA terpilih serta pusat jualan BYD bermula Disember 2026. Pada peringkat awal, sebanyak 12 kemudahan pengecasan BYD Flash Charging akan disediakan dengan jumlah itu disasarkan meningkat kepada 130 kemudahan di seluruh negara menjelang penghujung 2027.

Dalam perkembangan sama, pemilik DENZA Z9GT serta pembeli baharu DENZA D9 Prestige AWD akan menikmati kemudahan BYD Flash Charging secara percuma selama setahun. Kemudahan tersebut boleh digunakan tanpa sebarang bayaran sehingga 8 Disember 2026. Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan aplikasi BYD Flash Charging untuk mengakses kemudahan pengecasan percuma yang ditawarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved