BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

LocalCars
19 Nov 2026 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

Jacob-Ma,-Managing-Director-of-BYD-Malaysia-and-Loh-Tuck-Sum,-Chairman-of-Wing-Hin-Group-with-BYD-Flash-Charging.JPG

BYD Malaysia melancarkan teknologi pengecasan ultra pantas BYD Flash Charging di tiga bilik pameran mewah DENZA di Balakong, Glenmarie dan Old Klang Road bagi mempercepat pengalaman pemilikan EV di Malaysia.

Pengenalan sistem ini menandakan langkah baharu dalam ekosistem pengecasan EV di Malaysia agar lebih praktikal dan mudah diakses. Buat permulaan, kemudahan ini beroperasi di tiga lokasi tersebut sebelum diperluaskan kepada pemilik kenderaan elektrik lain dalam masa terdekat.

Cas 9 Minitimage.pngimage.pngPengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, berkata, pengenalan BYD Flash Charging di Malaysia merupakan satu langkah penting dalam usaha memperluaskan akses kepada teknologi pengecasan ultra pantas.

"Buat masa ini, kemudahan initersedia di tiga lokasi untuk pelanggan DENZA, sebelum dibuka kepada semua pemilik EV dalam masa terdekat. Pemilik DENZA D9 Prestige AWD dan Z9GT boleh menikmati pengecasan daripada 10% hingga 97% dalam masa hanya 9 minit. 

"Ini sebahagian daripada komitmen kami untuk menjadikan pengalaman pemanduan elektrik lebih mudah dan praktikal. Malaysia merupakan pasaran penting bagi kami dan kami akan terus memperluaskan rangkaian BYD Flash Charging secara berperingkat supaya lebih ramai pengguna dapat menikmati manfaat teknologi ini," katanya. 

Teknologi Pengecasan Ultra Pantas image.png

Sistem BYD Flash Charging menampilkan struktur tergantung berbentuk T dengan rel gelangsar yang pertama seumpamanya di dunia. Kabel pengecas boleh digerakkan ke kiri dan kanan tanpa diseret di atas lantai, sekali gus menjaga ruang pengecasan agar lebih kemas.

Pengguna juga dibantu penyambung pengecas zero-gravity dengan nozel khas yang lebih ringan. Reka bentuk ini memudahkan proses menyambung dan menanggalkan kabel sepanjang sesi pengecasan berlangsung.

Dari segi prestasi, teknologi ini menyalurkan kuasa pengecasan ultra pantas sehingga 1,500 kW melalui satu penyambung. Sistem penyimpanan tenaga terbina dalam turut membantu membekalkan kuasa tinggi walaupun di lokasi yang mempunyai had kapasiti grid elektrik.

Dengan slogan "Ready in 5 Minutes, Full in 9 Minutes", kelajuan sebenar bergantung pada keserasian kenderaan dan keadaan semasa. Kenderaan yang serasi serta berada pada tahap optimum dapat menikmati pengecasan pantas yang setanding pengisian bahan api konvensional.

Lokasi Bilik Pameran DENZA dan Peluasan Rangkaian

Kemudahan ini kini aktif di bilik pameran DENZA Balakong, Glenmarie dan Old Klang Road, dengan beberapa lokasi tambahan dirancang bermula Disember 2026. BYD Malaysia menyasarkan 12 titik pengecasan BYD Flash Charging menjelang akhir 2026 sebelum meningkat kepada 130 titik di seluruh negara menjelang akhir 2027.

Susulan memorandum persefahaman (MoU) pada bulan lalu, peluasan infrastruktur ini akan melibatkan kerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan, pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan serta rakan niaga. Kemudahan ini juga bakal dikembangkan ke pusat jualan BYD terpilih dan hab pengecasan bertenaga solar pada masa hadapan.

Manfaat Percuma Setahun untuk Pemilik DENZA D9 Prestige AWD dan Z9GTJacob-Ma,-Managing-Director-of-BYD-Malaysia-and-Chen-Xiang-Foong-with-the-first-owner-of-DENZA-D9-Prestige-AWD.JPG

Pemilik sedia ada dan baharu DENZA D9 Prestige AWD dan Z9GT layak menikmati pengecasan percuma selama setahun di fasiliti yang beroperasi. Tawaran ini terpakai sehingga 31 Disember 2027 bagi kemudahan yang tersedia.

Sehingga 8 Disember 2026, pemilik DENZA yang memiliki kenderaan dengan Bateri Blade Generasi Kedua BYD boleh terus mengecas secara percuma di tiga lokasi sedia ada. Mereka hanya perlu menyambungkan nozel tanpa perlu memuat turun aplikasi atau mendaftar terlebih dahulu.

Bermula 9 Disember 2026, akses kepada pengecasan percuma ini akan beralih ke aplikasi BYD Flash Charging. Langkah peralihan ini bertujuan melancarkan pengurusan sesi pengecasan apabila lebih banyak lokasi mula dibuka kepada pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved