Deposit RM100 untuk dapat hadiah RM1,775 melalui promo tempahan awal siri Oppo Reno 8

Digital
12 Jul 2022 • 1:21 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ada promo baru sedang berjalan daripada Oppo untuk pembelian siri Reno 8 yang bakal mereka lancarkan tak lama lagi. Ia adalah promo berupa tempahan buta kerana kita masih belum ketahui berapakah harga jualan siri Oppo Reno 8 di Malaysia.

image is not available

Dengan deposit sebanyak RM100, anda yang berminat untuk lakukan tempahan awal bakal menerima pemberian bernilai sehingga RM1,775. Antara yang terkandung di dalamnya adalah seperti:

  1. Oppo Air2 Pro
  2. Oppo Care 1-Year Screen Damage Protection
  3. My Oppo Member Privilege
  4. Beg galas Marshall

Tidak terhad di situ, 100 pembeli pertama yang melunaskan pembayaran pada 21 Julai akan menerima tempahan pada hari berikutnya. Jadinya anda akan dapat tempahan lebih awal daripada yang lain. Kemudian, ada juga promo PWP yang boleh dimanfaatkan untuk anda beli Oppo Pad Air. Dapatkan potongan RM150 bila tablet itu dilancarkan kelak.

Siri Oppo Reno 8 yang bakal dilancarkan ini menampilkan MariSilicon X, cip pemproses imej khas yang dibangunkan Oppo. Ia adalah yang pertama seumpamanya dalam industri untuk kelas 6nm.

image is not available

Reno 8 ini juga adalah Reno pertama diperkasa SuperVooc 80W untuk pengecasan superpantas, sepantas 11 minit sahaja untuk isi 50% daripada sifar.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai tempahan ini, anda boleh pergi ke pautan tempahan awal siri Oppo Reno 8 ini.

Bacaan berkaitan