Deruman Kembali Menggegarkan Sepang: Tiket Early Bird Super GT Malaysia Kini On Sale

SportsSales & Promo
28 Feb 2026 • 8:00 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran


Promosi Early Bird untuk perlumbaan Super GT Malaysia kini rasmi dibuka.

Inilah masa terbaik untuk peminat motorsport mengunci tempat anda lebih awal. Dengan tempoh yang terhad, tawaran ini memberi peluang kepada anda merasai sendiri debaran aksi kelas dunia pada harga istimewa sebelum tiket mula “terbang”.

Dari deruman enjin jentera GT500 dan GT300, pertarungan taktikal di pit lane, hinggalah aksi wheel-to-wheel yang mendebarkan, semuanya bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang pada 19 hingga 21 Jun ini. Inilah hujung minggu yang dinanti-nantikan. suasana trek yang panas, sorakan peminat yang padu, dan pengalaman motorsport yang sukar dilupakan.

Jika anda peminat sejati perlumbaan, ini bukan sekadar acara perlumbaan, ini adalah festival kelajuan yang menyatukan komuniti automotif dari seluruh negara.

Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada detik epik ini.

Dapatkan tiket anda sekarang sebelum promosi Early Bird tamat di https://www.excitix.com.my dan https://sgtm.tixshack.com

Teruskan bersama Four Wheels

📸: Super GT Malaysia

#FourWheels #TWmedia #fblifestyle #NihonMatsuri #SUPERGT #SUPERGTMalaysiaFestival2026

The post Deruman Kembali Menggegarkan Sepang: Tiket Early Bird Super GT Malaysia Kini On Sale appeared first on TW Media.