Desaru Coast bakal jadi tumpuan sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia!

LocalTravel
8 Sep 2025 • 8:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jika masih tercari-cari destinasi percutian keluarga sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Malaysia, Desaru Coast bakal menjadi pilihan menarik apabila Ombak Festival 2025 kembali dari 12 hingga 14 September ini dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga.

Desaru Coast bakal jadi tumpuan!

Selepas mencatat kejayaan pada penganjuran tahun lalu, festival ini tampil lebih meriah dengan menggabungkan hiburan muzik global, budaya Asia Tenggara dan pengalaman seni interaktif, berlatarbelakangkan keindahan persisir pantai Johor.

image is not available

Antara tarikan utama untuk kanak-kanak ialah Ombak Kids, ruang interaktif yang sarat dengan aktiviti menyeronokkan dimana mereka berpeluang mencuba pelbagai pengalaman baharu seperti Funfair of Forgotten Futures, permainan inovatif menggunakan bahan kitar semula; bengkel wau tradisional Go Fly Kites bersama artisan tempatan; serta LEGOLAND Speed Building Challenge yang menguji kreativiti membina LEGO bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun.

image is not available

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati persembahan unik Meera & Fiz by Nice Monster, permainan tradisional berskala besar melalui Mereka Games, serta teater boneka kontemporari oleh SIAPA Theatre Company yang menghidupkan semula seni bercerita kepada generasi muda.

image is not available

image is not available image is not available

Bagi yang gemar membeli-belah, festival ini turut menampilkan Pasar Seloka, pasar pop-up gaya hidup dengan hampir 30 vendor menampilkan produk artisan, jenama indie dan hasil kraf tempatan.

Sambil berhibur, pengunjung boleh membawa pulang barangan istimewa sambil menyokong usahawan kreatif tempatan.

image is not available

Menariknya, penganjur turut bekerjasama dengan Kiddocare selaku rakan rasmi penjagaan kanak-kanak. Melalui perkhidmatan ini, ibu bapa boleh menikmati persembahan dengan lebih tenang sementara anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti seperti sensory play, kraf tangan dan sesi penceritaan yang dikendalikan fasilitator berpengalaman.

image is not available

Dengan gabungan muzik, seni, budaya dan aktiviti untuk semua peringkat umur, Ombak Festival 2025 dijangka menjadi acara keluarga yang dinanti-nantikan sepanjang cuti sekolah kali ini.

image is not available

image is not available

Maklumat lanjut mengenai barisan artis, aktiviti serta pembelian tiket boleh didapati di laman rasmi ombakfestival.com.