Hafiz Suip Jadi Perhatian Peminat, Muncul Dengan Penampilan Berisi

EntertainmentLifestyle
25 Aug 2025 • 2:53 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip, kembali mencuri tumpuan apabila tampil dengan penampilan berisi berbanding sebelum ini.

Menerusi perkongsian penata gaya, Afiq Mahdili di akaun TikTok miliknya, beliau memuat naik video ketika sedang menyolek Hafiz yang difahamkan bakal membuat persembahan di sebuah konsert di Sarawak.

Peminat Lega

Penampilan terkini penyanyi berusia 35 tahun itu nyata menjadi bualan peminat yang rata-ratanya gembira melihat perubahan tersebut sambil menitipkan doa agar kesihatannya terus baik.

Terdahulu, Hafiz menjelaskan tubuhnya yang dilihat kurus sebelum ini berpunca daripada penyakit slip disc yang dialaminya. Situasi itu sebelum ini turut menimbulkan persoalan dalam kalangan media dan peminat mengenai tahap kesihatan pelantun lagu Ku Akui tersebut. – The Malaysian Update

The post Hafiz Suip Jadi Perhatian Peminat, Muncul Dengan Penampilan Berisi appeared first on The Malaysian Update.