Sarawak Umum Cuti Tambahan 15 September Sempena Hari Malaysia 2025

4 Sep 2025 • 4:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Masa yang lebih panjang untuk bersama keluarga

Sarawak Umum Cuti Tambahan 15 September Sempena Hari Malaysia 2025. Selaras dengan semangat perayaan Hari Malaysia, Kerajaan Sarawak telah mengisytiharkan 15 September 2025 (Isnin) sebagai hari cuti umum tambahan.

Pengumuman ini dibuat melalui Warta Kerajaan Sarawak dan dikongsikan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK) di laman Facebook rasmi mereka.

image is not available
Sarawak Umum Cuti Tambahan 15 September Sempena Hari Malaysia 2025. Sumber: Facebook Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK)

Cuti tambahan ini ditetapkan di bawah Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan (Sarawak Bab 8) dan merupakan cuti ke-19 yang diperuntukkan kepada pekerja di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76). Ini bermakna, pekerja yang dilindungi oleh ordinan tersebut kini berhak menikmati cuti umum pada tarikh tersebut, menjadikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lebih panjang dan meriah.

Walaupun begitu, ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh pekerja dan juga majikan.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Cuti Ini?

1. Cuti Berganti: Majikan mempunyai pilihan untuk menggantikan cuti pada 15 September 2025 dengan hari cuti lain jika perlu. Ini memberikan fleksibiliti kepada syarikat untuk menguruskan operasi mereka tanpa gangguan.

2. Jika Cuti Jatuh Pada Hari Rehat: Sekiranya hari kelepasan ini jatuh pada hari rehat pekerja, maka hari bekerja yang berikutnya hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan gantian.

3. Kerja Semasa Cuti Umum: Bagi pekerja yang perlu bekerja pada 15 September 2025, anda berhak dibayar dengan kadar gaji kerja pada hari kelepasan. Peraturan ini selaras dengan Subseksyen 104(6), (7), (8), dan (9) Ordinan Buruh yang memastikan hak pekerja sentiasa dilindungi.

Pengumuman ini pastinya memberikan peluang kepada ramai rakyat Sarawak untuk merancang aktiviti keluarga atau percutian pendek, sekaligus menyemarakkan lagi semangat patriotik sempena Hari Malaysia.

Jadi, apa rancangan anda untuk cuti panjang ini? Kongsikan di ruangan komen.

Bagi yang masih belum cakna tentang cara mengatur cuti panjang tahun ini, anda boleh membaca artikel berikut:

Ini Cara Dapat Cuti Panjang Dengan Bijak Di Sabah Sarawak Tahun 2025
5 Destinasi Menarik Di Sabah Untuk Cuti Sekolah, Wajib Singgah Bersama Keluarga