Design V*pe Seperti Pen Marker & Gam UHU, Netizen Minta Ibu Bapa ‘Alert’ Tingkah Laku Anak

Entertainment
4 Oct 2024 • 12:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penggunaan rokok elektronik atau vape kini sedang berleluasa di kalangan pelajar sekolah dan ia dianggap perkara yang amat membimbangkan.

Malah lebih menakutkan, pengeluar produk ini nampaknya makin ‘kreatif’ apabila tular gambar yang memaparkan vape tersebut kelihatan seperti sebatang marker jenama terkenal dan gam UHU.

Menurut Majoriti, gambar itu dimuat naik oleh seorang guru, Aftah Nizam melalui grup Facebook Kami Guru Malaysia yang meluahkan rasa risaunya selepas menangkap salah seorang pelajar membawa barang terlarang itu ke sekolah.

Sekilas pandang, vape tu tidak kelihatan seperti vape langsung!

“Stresslah tengok budak-budak sekolah yang expose dengan benda macam ni”

Perkongsian berkenaan telah menimbul kerisauan di kalangan netizen yang meminta kerajaan lebih tegas dalam mengatasi masalah penggunaan vape di kalangan pelajar.

image is not available

Harap ibu bapa lepas ni periksalah beg anak-anak. Takut sangat kalau remaja terjebak dalam benda macam ni.

Sumber: X, Majoriti

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.