AMPANG – Dua kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Ampang Indah di sini pada Ahad dengan salah satu daripadanya menghempap sebuah van.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bahawa kejadian pertama membabitkan runtuhan tanah di lereng bukit di belakang sebuah rumah di Jalan Indah 4.
"Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 3.35 petang sebelum sepasukan anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, kita mendapati runtuhan tersebut tidak melibatkan struktur rumah mahupun mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
**media[3496110]**
Sementara itu, Ahmad Mukhlis berkata, kejadian kedua dilaporkan berlaku berhampiran Jalan Indah 4 pada jam 3.51 petang melibatkan runtuhan tebing.
"Runtuhan tersebut telah menghempap sebuah kenderaan van jenis Ford, namun tidak melibatkan mangsa," katanya.






