1,000 rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan

19 Apr 2026 • 1:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan yang terlibat kebakaran awal pagi Ahad.
image is not available
Kebakaran yang berlaku di kawasan perkampungan air di Kampung Bahagia, Batu Sapi melibatkan kira-kira 1,000 rumah.

SANDAKAN - [DIKEMAS KINI] Polis menganggarkan kebakaran yang berlaku di kawasan perkampungan air di Kampung Bahagia, Batu Sapi di sini melibatkan 1,000 rumah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kejadian kebakaran yang berlaku itu disifatkan terbesar di daerah itu.

"Hari ini 19 April di daerah Sandakan, kita berasa sedih dan amat berdukacita apabila satu kejadian kebakaran besar berlaku di Sandakan yang melibatkan kira-kira 1,000 rumah.

"Sebenarnya kawasan ini menempatkan kira-kira 1,200 rumah dan yang terkesan adalah 1,000 rumah melibatkan 9,007 isi rumah," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini pada Ahad.

**media[3495847]**

Susulan kejadian itu, George berkata, lokasi kebakaran diisytiharkan sebagai kawasan bencana dan penempatan sementara mangsa turut dibuka.

"Alhamdulillah, kita dapat mengawal api pada jam 4 lebih pagi tadi dan setakat ini kita dalam proses membantu masyarakat sini untuk mendaftar. Kita tunggu walaupun pendaftaran sehingga ke malam dan kita tunggu untuk berikan bantuan sepenuhnya.

"Terdapat tiga penempatan untuk menempatkan mangsa iaitu di Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Sandakan, PPR Batu Sapi dan Sekolah Kebangsaan (SK) Gas," katanya yang turut bertanggungjawab sebagai penyelaras di lokasi bencana.

Dalam pada itu, beliau menafikan laporan berhubung kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan.

"Setakat ini saya tidak menerima apa-apa laporan kemalangan jiwa, maksudnya tidak ada kematian yang berlaku. 

"Mungkin yang cedera itu ada semasa mereka menyelamatkan harta benda atau membantu rakan yang lain," katanya.

Beliau memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved