Dewan Rakyat lulus RUU Persaingan (Pindaan) 2026

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 4:24 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Dewan Rakyat lulus RUU Persaingan (Pindaan) 2026

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Persaingan (Pindaan) 2026 dengan pindaan pada peringkat jawatankuasa.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengemukakan pindaan kecil melibatkan Fasal 22 RUU itu.

Beliau berkata pindaan berkenaan bagi membetulkan kesilapan tipografi dalam perenggan F berhubung sebutan daripada subseksyen yang dinomborkan semula.

Pada Khamis lepas, sebanyak 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyertai sesi perbahasan RUU itu yang kemudiannya diluluskan pada peringkat dasar.

RUU Persaingan (Pindaan) 2026 mencadangkan pengukuhan penguatkuasaan terhadap amalan antipersaingan susulan peningkatan penggunaan teknologi dalam aktiviti kartel dan penyalahgunaan kedudukan monopoli.

RUU yang membabitkan 34 fasal itu antara lain membuat pindaan terhadap Seksyen 24 dengan memperuntukkan kesalahan jenayah bagi cubaan memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah rekod dan data bagi menghalang penyiasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). - 6 Julai, 2026

The post Dewan Rakyat lulus RUU Persaingan (Pindaan) 2026 appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved