Dewi Pulangkan Semula Hadiah Beg Coklat RM12K Dari Jofliam - “Saya Tak Tahu Ini Beg Orang Lain…”

30 Oct 2024 • 3:33 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Staf kepada usahawan, Jofliam iaitu Dewi tampil membuka mulut susulan tular dakwaan telah menggunakan barangan peribadi Cik Epal tanpa izin.

Taktahu milik orang lain
 

Menurut Dewi, dia tidak mengetahui bahawa beg berjenama Celine berharga RM12,000 itu merupakan hak milik Cik Epal. 
 
Dewi turut memaklumkan bahawa beg tersebut merupakan hadiah yang diterima daripada Jofliam.
 

“Saya tak tahu pun ini beg milik orang. Sebab Jofliam memang pemurah orangnya. Saya terima saja apa-apa hadiah pun
 

“Semua kena ambik chill pill. Saya ulang, ketika saya menerima bag tu, saya tak tahu Itu hak milik orang lain. Saya terima aja hadiah yang diberi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ambil Je La Duda Aku, Aku Sedekah Dekat Sesiapa Yang Memerlukan” - Cik Epal

Malah, Dewi turut memaklumkan akan memulangkan semula beg itu kepada Jofliam.
 
“Jadi, selepas ini, saya pulang kan balik kepada Jo, dan biar dia putuskan nak buat apa dekat beg itu. Semua tenang,”tulisnya lagi.
 
Terdahulu, Cik Epal meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui barang peribadinya telah digunakan tanpa izin.
 
Bagaimanapun, Jofliam tampil menjelaskan dengan mengakui dia telah memberi beg tersebut kepada Dewi atas sebab tanda ‘rebel.’