Di mana Nur Emalin Natasha?

7 Sep 2026 • 11:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Di mana Nur Emalin Natasha?

PETALING JAYA – Polis meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 4 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nur Emalin Natasha Mat Nasir, kira-kira pukul 12.43 tengah malam.

Menurutnya, remaja berkenaan kali terakhir dilihat di Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat Indah, Kajang.

“Remaja itu mempunyai ketinggian kira-kira 165 sentimeter, berat 65 kilogram, berbadan berisi, berambut lurus panjang serta berkulit kuning langsat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan remaja ini diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Amiruddin Abdul Hamid di talian 0132304156. – KOSMO! ONLINE

The post Di mana Nur Emalin Natasha? appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved