Polis kesan lelaki warga asing lari pemeriksaan polis

6 Sep 2026 • 8:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis kesan lelaki warga asing lari pemeriksaan polis

Image from: Polis kesan lelaki warga asing lari pemeriksaan polis

PETALING JAYA: Cubaan seorang pemandu warga asing melarikan diri daripada pemeriksaan polis berakhir dengan kemalangan manakala wanita bersamanya berjaya ditahan pihak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang semalam, anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengarahkan sebuah Honda City putih berhenti untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu enggan mematuhi arahan sebelum melarikan diri ke arah Semenyih, memasuki Lebuhraya Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) dan menuju ke Jalan Reko.

“Kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya sebelum terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan awam.

“Kenderaan itu kemudian berjaya ditahan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, namun pemandu lelaki warga asing berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang wanita warga asing yang berada di tempat duduk penumpang hadapan bagaimanapun berjaya ditahan polis.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan tiga paket plastik lutsinar berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat keseluruhan 2.13 gram.

“Polis turut merampas sebuah Honda City bagi membantu siasatan, manakala wanita terbabit gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan berkaitan kemalangan jalan raya turut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala wanita itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Polis sedang mengesan pemandu yang melarikan diri serta menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pemilikan dadah yang dirampas,” katanya. – UTUSAN

The post Polis kesan lelaki warga asing lari pemeriksaan polis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved