Mayat reput lebih seminggu dijumpai di Bukit Jelutong

7 Sep 2026 • 10:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat reput lebih seminggu dijumpai di Bukit Jelutong

SHAH ALAM – Mayat lelaki telah reput dipercayai mati lebih daripada seminggu ditemui di kawasan semak tepi jalan Persiaran Balairong U8, Bukit Jelutong di sini, petang tadi.

Mayat berkenaan ditemukan orang awam kira-kira pukul 2.45 petang sebelum dimaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, identiti mayat tidak dapat dipastikan susulan keadaan telah reput selain tiada pengenalan diri dijumpai bersama di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat yang dijumpai merupakan lelaki. Bagaimanapun,
pemeriksaan fizikal tidak dapat dijalankan berikutan keadaan mayat yang telah reput.

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam untuk bedah siasat yang dijalankan pukul 2 petang esok,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut beliau, kes disiasat sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Fildza Che Ibrahim di talian 016-953 7372. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat reput lebih seminggu dijumpai di Bukit Jelutong appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved