
AMPANG JAYA – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Ukay Perdana, di sini sejak 13 September lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan pada pukul 10.31 malam tadi.
“Orang hilang (OH) dikenal pasti sebagai Qaseh Atika Mohd Naim Abdullah, manakala lokasi terakhirnya adalah di Taman Ukay Perdana, Ampang.
“OH mempunyai ketinggian kira-kira 157 sentimeter, berat 48 kilogram, berkulit hitam manis serta berambut panjang berwarna hitam dan tidak memakai cermin mata,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, SM Nurul Faten Nadia Nor Azmi di talian 011-26001158. – KOSMO! ONLINE
The post Di mana Qaseh Atika? appeared first on Kosmo Online.





