Warga emas hilang selepas lapan bulan kematian isteri

18 Sep 2026 • 5:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Warga emas hilang selepas lapan bulan kematian isteri

Perubahan ketara seorang warga emas selepas kematian isteri tercinta lapan bulan lepas membimbangkan keluarganya, sebelum lelaki berusia 74 tahun itu dilaporkan hilang di Kuala Pertang di sini, 9 Sept lepas.

KUALA KRAI: Perubahan ketara seorang warga emas selepas kematian isteri tercinta lapan bulan lepas membimbangkan keluarganya, sebelum lelaki berusia 74 tahun itu dilaporkan hilang di Kuala Pertang di sini, 9 Sept lepas.

Anak angkat mangsa, Syafiq Izwan Abdullah, 33, berkata bapa angkatnya, Fauzi Deris telah mendapatkan rawatan dan berjumpa doktor pakar psikiatri di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai pada 12 Ogos lepas.

“Saya juga ada bawa abah jumpa doktor pakar psikiatri pada 24 Ogos tetapi janji temu seterusnya pada 15 Sept tidak sempat bawa sebab abah dah hilang enam hari sebelum itu.

“Perubahan pada diri abah berlaku sejak isterinya, Esah Mamat meninggal dunia lapan bulan lepas akibat paru-paru berair,” katanya kepada Bernama di Kampung Kuala Pertang di sini hari ini.

Syafiq Izwan berkata sebelum ini bapa angkatnya sering pergi ke kedai kopi yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah dan akan pulang seperti biasa, namun pada hari kejadian dia dipercayai mengubah laluan dan tidak pulang.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Mohd Syawal Zulkefli, 30, berkata dia menyedari ketiadaan mangsa di rumah kira-kira 8.30 malam pada hari berkenaan selepas pulang daripada menunaikan solat Isyak di masjid berdekatan.

“Memang setiap malam saya teman pak cik tidur di rumah tetapi hari itu saya tengok rumah masih gelap dan saya segera buka lampu untuk carinya di sekeliling rumah tetapi tidak jumpa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian PBT II Zulhilmi Baharudin berkata walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada Selasa lepas, pihaknya tetap melakukan tinjauan secara berkala di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya akan memberi respons semula terhadap kes berkenaan sekiranya terdapat petunjuk mengenai mangsa.

“Sebelum ini, kita telah mencari mangsa dalam radius lebih lima kilometer meliputi kawasan ladang kelapa sawit dengan dibantu Unit Pengesan (K9) dan seekor anjing, serta agensi lain seperti polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan mangsa diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menerusi talian 09-7450999 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai menerusi talian 09-9666222.

Semalam, Bernama melaporkan warga emas lelaki berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang sejak 9 Sept di Kuala Pertang, di sini, masih belum ditemukan, dengan polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved