“Di situ makan, di situlah tidur” – 11 Beranak Tinggal Di Pondok Usang Tanpa Dinding Selama 18 Tahun

Entertainment
6 Nov 2024 • 3:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pilu melihat masih ada lagi keluarga hidup dalam kedaifan apabila terpaksa tinggal di sebuah pondok usang selama 18 tahun.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy yang meluahkan rasa sebak selepas menziarahi sepasang suami isteri bersama sembilan orang anak itu di Kampung Rosob, Pitas.

Kesusahan yang dialami oleh pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Aidil dan Vernnah itu didedahkan oleh Adrian sewaktu dia menziarahi mereka pada 31 Oktober lalu dan baru dimuat naik di laman Instagramnya.

Difahamkan, pendapatan keluarga itu tidak menentu memandangkan Aidil bekerja sendiri dengan membantu membersihkan kebun penduduk setempat dan lebih menyedihkan, mereka tinggal di pondok usang yang tiada elektrik serta pergi ke sungai berhampiran rumah untuk membersihkan badan.

image is not available

“Mereka 11 beranak tinggal di sebuah rumah yang uzur, seperti pondok saja dan ada bahagian yang tiada dinding, tiada elektrik, tiada bekalan air, 18 tahun mereka tinggal di situ,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adrian Edy (@adrianedy7)

Sebak melihat keadaan keluarga tersebut, Adrian telah menghulurkan bantuan seperti pasang lampu solar, kipas solar, tilam serta bekalan makanan bagi meringankan beban mereka.

Dalam pada itu, Adrian juga akan menanggung kos pembelajaran anak-anak pasangan itu dengan harapan mereka dapat mencapai cita-cita yang diidamkan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.