“Dia Ambil Berat – Lisa BP Enggan Terima Bayaran Di ‘Global Citizen Festival’, Derma Semua Hasil Buat Anak-Anak Di Palestin

WorldEntertainment
14 Oct 2024 • 10:40 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pada September yang lalu, Lisa BLACKPINK sekali lagi telah mencipta sejarah dengan menjadi artis utama yang membuat persembahan di pentas ‘Global Citizen Festival’.

Bukan sahaja untuk menghiburkan peminat malahan menurut laporan, Lisa juga dipercayai tidak menerima sebarang bayaran untuk persembahannya itu, demi menyokong misi mulia festival berkenaan.

Untuk pengetahuan, ‘Global Citizen Festival’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk isu global, termasuklah buat pendidikan anak-anak di Gaza, Palestin, Sudan dan Afrika.

image is not available

Menurut jurucakap dari pihak Global Citizen,

Lisa adalah seorang yang sangat mengambil berat tentang isu sosial dan dia secara sukarela ingin menyertai festival ini untuk menunjukkan komitmennya dalam melihat perubahan positif di dunia.

Cayalah Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.