“Dia ambil kesempatan” – Warga Asing Didakwa ‘Video Call’ Kawan, Tunjuk Perempuan Tidur Di Sebelah

Entertainment
5 Jun 2024 • 10:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, pernah terjadi beberapa kes mengenai lelaki yang telah mengancam keselamatan orang awam, lebih-lebih lagi mangsa tersebut merupakan seorang wanita.

Terbaharu, satu situasi yang membimbangkan berlaku apabila ada seorang lelaki warga asing telah mengganggu ketenteraman seorang wanita yang sedang tidur di dalam sebuah bas.

Video call dengan kawan tapi…

Menerusi video yang dimuat naik oleh @didingzz_, dia pada ketika itu sedang duduk di dalam sebuah bas dan pandangannya tertumpu ke arah seorang lelaki warga asing yang sedang membuat panggilan video bersama rakannya.

image is not available
Sumber: tiktok

Lelaki warga asing tersebut didakwa telah menghalakan kamera telefon pintar ke arah seorang wanita yang sedang duduk di sebelahnya. Difahamkan, kejadian itu berlaku sewaktu dalam perjalanan dari Muar, Johor ke Pulau Pinang.

Perempuan tu tidur, dia ambil kesempatan video call ramai kawan-kawan dia untuk tunjuk perempuan Melayu sebelah dia.

Bukan itu sahaja, lelaki warga asing berkenaan turut menunjukkan ‘tanda suka’ pada tangannya selepas rakan-rakannya melihat wanita yang sedang tidur itu.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available
Sumber: tiktok

“Jangan naik bas solo..”

Melihat kejadian itu, lelaki tersebut terus menegur lelaki warga asing berkenaan, bagaimanapun dia menafikan perbuatannya itu.

Jangan buat macam tu.. saya nampak kamu rakam… jangan tunjuk telefon kamu dekat perempuan tu.

Di ruangan kapsyen, pemilik video sempat memberi pesanan kepada orang ramai terutamanya golongan wanita supaya lebih berhati-hati selepas ini.

Reminder! Jangan naik bas solo, terutamanya kaum perempuan sebab takut benda macam ni berlaku. Saya naik bas dari Muar ke Penang. Lagi satu jangan takut bersuara kalau benda macam ni berlaku di depan mata.

Menjengah ke ruangan balas, rupanya ramai netizen pernah menghadapi situasi yang lebih kurang sama dengan situasi yang berlaku dalam video.

image is not available

Seram bila jadi macam ni.. moga kita sentiasa dilindungi..

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.