“Dia baik, mungkin keadaan memaksa” – Gadis Dakwa GF Suspek Kes Bunuh Buka Mulut

Entertainment
25 May 2023 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, heboh di media sosial berkenaan kes pembunuhan kejam seorang wanita berusia 21 tahun yang dibunuh oleh seorang lelaki dipercayai ‘kekasih gelap’ mangsa.

Pembunuhan kejam di Sabak Bernam itu menjadi bualan ramai kerana mangsa difahamkan sedang hamil dan pihak polis mengesahkan motif pembunuhan adalah kerana ingin menyembunyikan kehamilan tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita lain yang dipercayai teman wanita suspek.

Menerusi video TikTok itu, wanita berkenaan berkata dia bukanlah tunang suspek seperti yang tular di media sosial, dia hanyalah teman wanita suspek dan dalam kapsyen video berkenaan wanita tersebut berkata dia telah memaafkan lelaki berkenaan.

image is not available

“Walau betul sekalipun dia bersalah, biarlah dia terima hukuman. Nak tak nak kita kena telan juga. Biarkanlah apa yang terjadi ni, jadikan pengajaran, ambil ikhtibar untuk semua perempuan di sana.

Untuk A*****, terima kasih ya, aku dah maafkan semuanya,” tulisnya.

Malah, ada juga komen di video berkenaan yang berkata suspek itu terlihat baik dan seakan tidak mampu untuk melakukan pembunuhan sebegitu.

Wanita tersebut kemudian mengakui teman lelakinya itu seorang yang baik dan berkemungkinan keadaan yang memaksa untuk dia berbuat demikian.

image is not available

Pun begitu, ketika artikel ini ditulis, wanita berkenaan telah pun memadam kapsyen serta ruangan komen untuk video tersebut.

Apa-apa pun kita tunggu kes ini selesai di mahkamah…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.