“Dia buat dahhhh” – Muat Naik Teaser Lagu Raya Baru, Netizen Minta Aliff Syukri Hormat 10 Ramadan Terakhir

Entertainment
1 Apr 2024 • 11:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap tahun menjelang raya, ada saja kontroversi yang dicetuskan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri. Sudah pastinya kontroversi tersebut berkaitan lagu raya yang dilancarkannya dengan muzik video yang mengundang kecaman ramai.

Pada tahun ini, nampaknya perkara yang sama berulang lagi apabila Aliff dilihat memuat naik teaser muzik video lagu raya barunya itu dengan memaparkan barisan penari yang memakai pakaian ketat sambil menari dengan gaya yang tidak senonoh.

Menurut Aliff, orang ramai dikatakan tidak sabar menantikan lagu raya barunya itu dan lagu tersebut juga dikatakan menggunakan suara asli Aliff tanpa autotune. Fuh gitew…

Rasanya ramai orang yang tak sabar tunggu lagu Love Raya kan. Sedap tak suara vokal saya. Ni suara 100% ori no autotune.

“Saya tau bakat saya sebenarnya. Thank you rakyat Malaysia kerana setia menunggu lagu saya walaupun lewat sebab komposer sebelum ni sabotaj saya buat hal,” katanya.

Posting tersebut walau bagaimanapun telah dipadam daripada Instagram Aliff Syukri tanpa diberitahu apa sebabnya.

“Bulan puasa la, apa benda ni”

Video tersebut yang dimuat naik semula di TikTok telah mendapat kecaman hebat netizen yang menuduh usahawan tersebut tidak menghormati bulan Ramadan.

image is not available

Harap-harap Tok Alip dengarlah teguran netizen kali ini. Lagi beberapa hari je Ramadan nak berakhir, baik tumpu kumpul ibadah dari buat video macam ni.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.