“Dia buat macam majlis dia” – Wanita Terkilan Majlis Kena ‘Hijacked’ Dengan Orang Luar

Entertainment
30 Sep 2022 • 12:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Waktu perkahwinan sepatutnya menjadi detik manis buat setiap pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga. Hari persandingan adalah hari bersejarah buat sesebuah pasangan kerana itulah satu-satunya waktu sekali dalam seumur hidup untuk merakamkan memori indah pasangan.

Tapi bak kata pepatah, langit tak selalunya cerah, kenangan manis Zarah Yusoff telah menjadi satu memori yang mengecewakan buatnya.

 

‘Orang luar’ berdiri depan pelamin sampai halang pengantin, ganggu juru foto ambil gambar

Biarpun dia bersyukur majlis berjalan dengan lancar, pengapit dan rakan-rakan lain sangat memberikan kerjasama.

Namun harinya ‘terganggu’ dek kerana campur tangan orang luar sampaikan terganggu tentatif majlis dan paling perit lagi hasil gambar yang dia dapat tidak memberangsangkan langsung kerana kelibat ‘orang luar’ itu ada di dalam semua foto dan video majlis persandingannya itu.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Biasanya kalau dalam gambar majlis, mesti gambar pengantin, ahli keluarga, rakan-rakan dan mana-mana orang terdekat kan? Kalau ada orang luar pun mungkin 1 or 2 gambar lah boleh dimaafkan lagi.

Tetapi, dalam video tersebut dilihat kelibat wanita yang memakai baju berwarna merah ada di semua gambar. Menurut Zarah, wanita tersebut tiada kaitan dengan keluarga pengantin.

Dalam video selanjutnya, dikatakan pihak pengantin telah menegur wanita itu agar tidak mengganggu ruang untuk mereka bergambar. Teguran itu dikatakan dah buat berkali-kali termasuklah, jurufoto pun sudah menegur serta pengapit.

Ini kerana wanita tersebut telah berdiri di hadapan pelamin sehingga menghalang pengantin.

“Betul betul tutup I. Photographer siap minta dia ketepi dah. Tapi dia? And lepas tu pun bridesmaid I ada tegur lagi. Banyak kali ye tegur. Bukan sekali je. You boleh dengar background sound tu my sister dah bengang. Dia bukan semak je tau dalam gambar/video I tapi dia buat macam majlis dia.”

image is not available

 

‘Ambil alih’ tentatif majlis

Memandangkan kedua-dua perkongsian tersebut telah meraih jutaan penonton dalam masa sehari, ia membuatkan netizen tertanya-tanya cerita penuh.

Dalam video selanjutnya, Zarah ada menceritakan segala-galanya mengenai sepanjang majlis tersebut, siapakah gerangan wanita itu dan apa yang dia telah lakukan sepanjang majlis.

Wanita tersebut merupakan wakil yang datang bersama tok kadi dan tugasnya adalah untuk memaklumkan proses selanjutnya selepas akad nikah. Perkara itu sepatutnya dimaklumkan kepada wakil pengantin tetapi dia yang lakukannya.

Boleh dengar penjelasannya dibawah ini

Dalam video seterusnya, Zarah meluahkan rasa terkilan apabila wanita tersebut ada dimana-mana sampai terganggu sesi fotografi.

Seperti yang dimaklumkan tadi, ramai pihak telah menegurnya, dia bergerak tapi sekejap sahaja sebelum kembali ke posisi yang sampai halang pengantin di pelamin.

Bagaimanapun dalam hal ini dia tidak menyalahkan jurufoto kerana mereka telah menjalankan tugas dengan baik termasuklah menegur wanita tersebut.

Bukan itu sahaja, Zarah turut menyatakan bahawa wanita tersebut alihkan hantaran ke tempat yang sepatutnya dia duduk.

Ahli keluarga wanita tersebut tampil bagi respon?

Memandangkan perkongsian Zarah tular, ia mendapat perhatian oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai anak kepada wanita baju merah itu dan menyatakan bakal ambil tindakan, namun begitu, Zarah menyatakan dia tidak boleh buat apa-apa kerana semua gambar terpapar kelibat wanita tersebut.

@azfztlmhmmd

Replying to @MummyBunga

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Video ini telah menarik perhatian seorang jurusolek yang tertarik dengan kisah yang terjadi kepada Zarah. Katanya, tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut sangatlah tidak wajar.

@deakhalidmua

Replying to @MummyBunga image is not available jangan jadikan kebiasaan tu betul. Orang dah tegur patut terima.

♬ original sound – deakhalid – deakhalid

 

Simpati dengan nasib yang menimpa dirinya, dikatakan pihak yang membuat pelamin pada majlis tersebut telah menawarkan untuk menaja semula pelamin dan jurufoto buat Zarah supaya dia dapat merakam semula memori perkahwinannya.

Harap dapatlah dijadikan pengajaran buat kita semua untuk sentiasa beringat tentang adab jika berada di majlis orang, apatah lagi jika kita tidak diundang secara terus oleh pihak pengantin.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.