“Dia cakap aku derhaka” – Isteri Luah Suami Tak Bagi Pindah Ke PPS Dengan Anak Walaupun Air Dah Naik Paras Dada

Entertainment
3 Dec 2024 • 4:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebahagian besar negara kita kini sedang berdepan dengan musibah banjir, banyak Pusat Penempatan Sementara (PPS) disediakan bagi memudahkan mereka yang terkesan.

Di aplikasi X, seorang wanita secara anonymous membuat luahan menerusi akaun @meinmokhtar di mana dia menghadapi masalah apabila didakwa suaminya berkeras untuk tidak ke PPS meskipun air sudah mencecah paras dada.

“Anak aku semalam tak boleh tidur sebab sejuk, lapar dan takut. Air tu dah kurang dari 10 anak tangga nak sampai tingkat atas.

Naik sikit lagi memang tak boleh guna elektrik suis operator dekat tingkat bawah.

Aku cakap dekat husband suruh tunggu sorang kalau nak sangat lepastu dia cakap aku derhaka,” luahnya.

Dalam ciapan seterusnya, wanita itu kemudiannya berkongsi dia sudah pun selamat berpindah ke PPS dengan anak-anaknya meskipun suaminya masih berkeras.

Wanita itu berkongsi suaminya itu marah ketika dia berada dalam bot penyelamat malah pihak bomba juga berkata dia bertindak agresif ketika diselamatkan.

Adoi, macam-macam hal…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.