“Teringat moment berdua” – Wanita Dedah Berskandal Dengan Penyanyi Terkenal, Susah Nak ‘Move On’

Entertainment
27 Nov 2024 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Luahan daripada seorang wanita berumur 26 tahun ini telah menjadi tumpuan netizen, ini kerana ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan individu yang dimaksudkannya.

Pendedahan secara anonymous menerusi X itu menyatakan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang penyanyi terkenal.

Jelasnya, jika sebut nama penyanyi tersebut pasti ramai yang tahu lagunya. Apa yang menjadi isu pada dirinya adalah dia susah untuk ‘move on’ atau melupakan penyanyi tersebut, boleh dikatakan dah sampai ke tahap angau.

“Dah macam orang gila pergi mana-mana dengar lagu dia. Mesti teringat moment-moment berdua. Mati akal dah tak tahu nak buat macam mana nak lupakan.”

Ia menjadi masalah buat wanita ini kerana penyanyi tersebut sentiasa berada di sisinya dan dia mahu berhenti daripada melakukan perkara-perkara ini.

Menerusi satu luahan lagi, difahamkan individu tersebut ada mendedahkan nama penyanyi tersebut namun ia tidak didedahkan oleh pemilik akaun X tersebut.

Menjengah ke ruangan komen ramai yang makin tertanya-tanya siapakah gerangan penyanyi tersebut. Bahkan ada juga yang mula ‘perah otak’ memikirkan ciri-ciri penyanyi tersebut setelah ada yang memberikan sedikit petunjuk dan gambarannya.

image is not available

image is not available image is not available

Korang rasa siapa eh? Lagu apa yang tengah famous eh?

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.