Pejam celik pejam celik, siapa sangka dah 14 tahun sejak “Running Man” disiarkan.
Baru-baru ini, Song Ji-hyo, Ji Ye-eun dan Ji Suk-jin telah muncul dalam saluran YouTube Yang Se-chan, di mana mereka sempat berkongsi tanggapan pertama terhadap satu sama lain.
Ketika ditanya ahli “Running Man” yang mana memberi tanggapan pertama paling teruk, Song Ji-hyo menjawab dengan teragak-agak,
Saya rasa Ji Suk-jin oppa.
Jelas wanita itu mengapa,
Waktu kami tengah melakukan rakaman di Stadium Piala Dunia, ada sedikit pertelingkahan yang berlaku. Memandangkan ini adalah kali pertama saya terlibat dalam program hiburan, bila dia cakap kasar dengan saya, saya terus fikir ‘Wah, dia orang yang sangat jahat.’
Namun Song Ji-hyo mengaku bahawa setelah beberapa ketika, barulah dia sedar bahawa semuanya hanyalah untuk tujuan hiburan semata-mata dan tiada sebarang niat buruk disebaliknya.
Dorang kan memang kuat menyakat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Dia Cakap Kasar..” – Song Jihyo Jujur Tentang Tanggapan Pertama Pada Ji Sukjin Ketika Sertai ‘Running Man’ first appeared on KimchiDaily.my.



