Usahawan yang juga bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red, kembali bergelar suami selepas selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Rohanita, dalam sebuah majlis tertutup yang dipercayai di ibu negara, hari ini.
Sah menikah dengan Rohanita

Menerusi satu hantaran di TikTok, Red memuat naik video romantis memperlihatkan dirinya berpegangan tangan dengan Rohanita, 35, yang kini sah bergelar isterinya.
@dato..red Dia tau susah ku, Dia tau kekuranganku, Dia tau kebencian orang terhadapku, Tapi dia memilih untuk tidak pergi,terima kaseh isteri ku menerima lelaki yang gagal segala galanya.sayang @rhnita hingga akhir hayat ku #AdeNitaTwenty4Seven
♬ original sound - abg red - abg red
Dalam pada itu, Red meluahkan rasa syukur apabila dipertemukan dengan Rohanita yang memahami serta menerima segala kekurangannya.
“Dia tahu susahku, kekuranganku dan kebencian orang terhadapku. Tapi dia memilih untuk tidak pergi.
“Terima kasih isteriku menerima lelaki yang gagal segala- galanya. Sayang Rohanita hingga akhir hayatku,” tulisnya.

Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan dilihat mengenakan busana serba putih yang sedondon dengan isterinya.
Menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri ucapan tahniah daripada orang ramai yang mendoakan agar perkahwinan kali ini kekal hingga ke akhir hayat.
Tahniah

Semoga bahagia

Kekal hingga Jannah

Artikel lain: Buat parodi ‘Jamilah’, Datuk Red tak kisah digelar badut demi naikkan ‘view’ TikTok
Untuk rekod, Red bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim (Datin Red) dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 13 Mei 2024.
Tidak lama selepas itu, Red turut bercerai talak satu dengan Adira pada penghujung April 2024. Sebelum ini, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sumber: TikTok dato.red





