“Dia ikat saya…” – Remaja 13 Tahun ‘Kelentong’ Diculik Kerana Takut Dimarah Balik Lambat

Entertainment
27 Oct 2023 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman muda remaja adalah masa di mana kita akan cuba untuk explore perkara baru dan dalam kebanyakkan situasi perbuatan itu akhirnya akan terkantoi dan menjadi pengajaran buat kita.

Senario itu terjadi baru-baru ini apabila seorang remaja lelaki berusia 13 tahun cuba mereka cerita kononnya diculik hanya kerana takut dimarahi apabila pulang lewat dari sekolah.

image is not available
Gambar hiasan

Menurut laporan Kosmo!, remaja lelaki berusia 13 tahun itu sanggup membuat laporan polis palsu kononnya diculik di hadapan sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai semalam kerana takut dimarahi bapanya selepas terleka bermain dan pulang lewat ke rumah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim memaklumkan, laporan polis itu dibuat oleh remaja berkenaan ditemani ayahnya pada pukul 9.26 malam di kaunter aduan Balai Polis Lenggeng.

“Seorang lelaki tempatan berusia 13 tahun menyatakan pada pukul 2.15 petang semalam semasa dia berada di perhentian bas di hadapan salah sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai di sini telah datang sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih berhenti dan menghampirinya.

Dia memaklumkan suspek seorang lelaki telah menariknya masuk ke dalam kereta dan mengikat tangan dan mulutnya,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, remaja itu juga mendakwa dia berjaya meloloskan diri dari penculik itu ketika dia dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui.

“Hasil siasatan mendapati kejadian culik itu tidak berlaku dan remaja itu sengaja mereka cerita kerana bimbang akan dimarahi oleh bapanya kerana terleka bermain di rumah rakannya dan telah lewat untuk pulang ke rumah,” katanya lagi.

Lebih mengeruhkan keadaan, mesej kehilangan remaja lelaki itu tular di WhatsApp yang mengatakan dia diculik dan mendengar penculik itu ingin membawanya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.