“Dia ingat free ke?” – Buka Kotak & Curi ‘Pastry’, Tindakan Wanita Ini Dikecam Netizen

Entertainment
13 Dec 2023 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita membuka bungkusan anggur yang sudah siap dipek di sebuah pasa raya dan memilih buah anggur yang diinginkan sahaja.

Terbaru, perkara hampir sama berlaku lagi tetapi kali ini seorang wanita dilihat membuka bungkusan pastri sebelum mencalit dan merasa pastri tersebut.

Tindakan tidak bertanggungjawab oleh wanita tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kiosk pastri layan diri, Icon Brewings.

Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga dilihat menggoncangkan kotak tersebut dan kemudiannya mengambil sejumlah beg plastik lalu mencuri pastri yang diletakkan dalam kotak tersebut.

“Sakit jantung tengok!”

Apa yang menyedihkan, pemilik kiosk tersebut terpaksa membuang sebanyak 3 buah kotak berisi pastri yang tercemar dek kerana perbuatan wanita tersebut.

Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen yang tidak puas hati dan berang melihat tindakan wanita tersebut.

image is not available

Aduhai, janganlah buat perangai macam ni korang…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved