Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

18 Oct 2024 • 1:09 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan menerima nafkah yang lebih tinggi daripada suaminya berbanding dengan jumlah sebelum ini.

Syukur Duit Nafkah Ditambah

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkongsi perkara tersebut menerusi tangkap layar menunjukkan suaminya, Shuib membuat pindahan wang kepadanya sebagai pembayaran nafkah.

Walaupun tidak menunjukkan amaun yang diterima, Watie memaklumkan bahawa jumlah tersebut adalah tinggi berbanding sebelum ini.

Tambah Watie lagi, penambahan amaun nafkah itu berkemungkinan disebabkan suaminya mengambil iktibar daripada kes penceraian pasangan selebriti iaitu Fattah Amin dan Fazura.

“Alhamdulillah sejak kes Fattzura, suami tambah duit nafkah...

“Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup, tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam,” tulisnya.

Dalam pada itu, Watie sempat menitipkan nasihat supaya pasangan suami isteri sentiasa bersikap tolak ansur dalam rumah tangga.

“Sebenarnya suami isteri jadikan lah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

“Sebab kehidupan rumah tangga ni untuk kita lalui bersama, nikmati bersama, suka duka bersama, susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama,” tambahnya lagi.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, isu tuntutan nafkah menjadi topik hangat di media sosial susulan pelakon, Nur Fazura mendedahkan nafkah adalah salah satu punca perceraian dengan bekas suami, Fattah Amin.