“Dia Juga yang Mencari Mangsa” – Fezrul Khan Perli Netizen Isu Bela Anjing

Entertainment
19 Dec 2022 • 10:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon, Fezrul Khan sebelum ini terpalit dengan kontroversi selepas dirinya dikecam teruk kerana didapati membela anjing jenis K9 yang bertujuan untuk menjaga tanaman di kebunnya.

Terbaru, Fezrul memuat naik beberapa gambar anjing K9 yang membantu pihak berkuasa mencari mangsa nahas tanah runtuh di Batang Kali di Insta storynya.

image is not available

Menerusi hantaran dimuat naiknya itu, Fezrul menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat terutama sekali anjing jenis K9 yang banyak membantu dalam mencari mangsa nahas tanah runtuh tempoh hari.

Dalam pada itu, Fezrul juga sempat menyindir warganet yang pernah ‘menyekolahkan’ dirinya mengenai isu membela anjing.

image is not available

Fezrul juga menasihati warganet untuk menyedari fungsi sebenar anjing diciptakan dan janganlah sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum ke atas seseorang yang memelihara anjing.

image is not available

Untuk info, selepas terpalit dengan kontroversi membela anjing, anjing peliharaan Fezrul diracun oleh individu tidak bertanggungjawab yang difahamkan tidak bersetuju dengan tindakan pelakon filem Minyak Dagu itu memelihara anjing.

Kredit: Instagram Fezrul Khan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media