“Dia kata dah tak rasa apa-apa” – Bella Dedah Aliff Aziz Nak Cerai Sebelum Ditangkap Khalwat

Entertainment
4 Apr 2024 • 9:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh sejak malam tadi Bella Astillah secara terbuka mendedahkan kecurangan suaminya, Aliff Aziz yang didakwa berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.

Bella juga memaklumkan bahawa Aliff pernah menyuarakan hasrat untuk bercerai secara baik pada sekitar Februari lalu.

Menurut laporan, dia mengakui terkejut dengan permintaan suaminya kerana ketika itu rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

image is not available

“Pada 14 Februari, Aliff meluahkan hasrat untuk bercerai sebab dia kata sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa.

“Masa itu saya pelik kenapa tiba-tiba hendak cerai? Tiada angin, tiada ribut tapi Aliff kata Allah yang bagi perasaan itu,” katanya.

Tak tahu lagi kewujudan Ruhainies

Disebabkan rasa sayangnya terhadap Aliff, Bella merendahkan ego memujuk suaminya untuk menarik balik hasrat bercerai demi anak-anak.

“Masa itu saya tak tahu lagi tentang kewujudan Ruhainies, jadi saya merayu supaya dia kasihankan anak-anak.

“Saya pujuk Aliff sampai siap hantar video tapi dia kata sudah tak rasa apa-apa.

“Dia beritahu nak cerai pada 31 Mac iaitu selepas selesai penggambaran drama. Sekarang saya tahu semua ini rancangan Ruhainies,” katanya lagi.

@mediahiburanofficial

Bella Astillah tak nafikan dia rasa pelik sebab tiada angin, tiada ribut… suaminya Aliff Aziz mahu cerai secara tiba-tiba ketika itu. #MHnews #MediaHiburan #FYP

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Dia juga melakukan solat sunat Istikharah bagi mencari jawapan sepanjang tempoh menunggu itu sebelum Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies.

“Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya itu, saya melalui hari-hari itu macam tiada semangat.

“Inilah juga sebab dia tidak pulang ke rumah dan mahu bercerai.” katanya.

Difahamkan, 4 April (hari ini) adalah hari sebutan semula kes penceraian Bella dan Aliff Aziz.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.