“Dia Layak!” – Ramai Teruja Aliff Syukri & Isteri Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Ammar Ahyan [Video]

Entertainment
9 Oct 2025 • 10:42 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Buat mereka yang bergelar ibu bapa pastinya mahu sentiasa yang terbaik untuk anak-anak.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika ramai yang bekerja keras dan berkorban kerana mahu menyediakan keperluan sekaligus membahagiakan mereka.

Asalkan keperluan anak mencukupi dan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa.

Aliff Syukri & Isteri Hadiahkan Kereta Mewah Buat Anak Sulung

Sama seperti ibu bapa lain, usahawan popular tanah air, Datuk Aliff Syukri dan isterinya, Datin Nur Shahida membuat kejutan untuk anak sulung mereka, Ammar Ahyan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pada mulanya Aliff dan Shahida sedang membawa pulang kereta mewah dipercayai jenis Porsche 718 Cayman ke rumah yang merupakan hadiah buat Ammar.

Kongsi Shahida, dia dan suaminya telah lama menyimpan niat untuk membeli kereta buat anak sulung mereka itu.

“Yelah dia pun dah besar, dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi balik kolej.

“Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dan cukup,” tulis Shahida.

‘Prank’ Anak Konon Kereta Lambat Sampai

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat reaksi Ammar teruja melihat kereta yang dihadiahkan kepadanya.

Malah, adik-beradiknya yang lain serta pekerja usahawan tersebut turut meraikan momen gembira itu.

Ammar kemudiannya dilihat terus memeluk Aliff dan Shahida sebaik sahaja menerima hadiah mewah berkenaan.

Kongsi Shahida, dia sememangnya sengaja menyatakan penghantaran kereta tersebut ditunda bagi menjayakan kejutan tersebut.

Aliff & Shahida Anggap Kejutan Rezeki Untuk Anak-Anak

Terang Aliff Syukri, segala yang disediakan selama ini adalah demi untuk anak-anak.

“Kita cari duit, apa yang abah buat ini untuk anak-anak abah,” kata Aliff.

“Sebenarnya ada rezeki anak-anak dekat sini juga, semua rajin tolong mama berniaga, masing-masing ada juga manisnya nanti,” celah Shahida.

Malah, Shahida turut menitipkan pesanannya dan suami buat anak sulung mereka itu.

“Untuk Ammar Ahyan mama dengan papa nak pesan. Dah ada kereta ni jangan lupa diri, solat jangan tinggal, jangan riak dan sentiasa tunduk ke bumi.

“Ingat Allah boleh tarik rezeki bila bila masa je jika hambanya tidak bersyukur,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@shahidadherbs2

Mama dengan Papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Yelah dia pun dah besar, dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi balik kolej. Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dan cukup. Patut sampai awal kereta ni tapi ada delay sedikit. So mama dengan papa tahu hari ni sampai tapi sebab nak surprise kan Ammar kita rahsiakan. Nampak dia terkejut gila ya bila nampak kereta baru dia. Insyallah ada rezeki untuk anak anak mama yang lain bila sampai masanya. Untuk Ammar Ahyan mama dengan papa nak pesan. Dah ada kereta ni jangan lupa diri, solat jangan tinggal, jangan riak dan sentiasa tunduk ke bumi. Ingat Allah boleh tarik rezeki bila bila masa je jika hambanya tidak bersyukur

♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Teruja Lihat Kejutan Kereta Mewah, Anggap Rezeki Ammar Kerja Keras Bantu Berniaga

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan dan turut dikongsikan di platform Threads itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan teruja melihat hadiah istimewa yang diberikan oleh usahawan itu kepada anaknya.

Namun, ada yang berpendapat hadiah yang diberikan sesuai dengan usaha dan kerja keras si anak dalam membantu Aliff dan Shahida berniaga.

Bukan itu sahaja, ada yang gembira melihat reaksi Ammar yang tersenyum kerana sebelum ini tidak pernah melihat reaksi mukanya yang sedemikian.

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Tak Sia-Sia Masa Kecil Nyanyi Lagu Arang D Herbs, Kena Paksa Live Lagi, Rezeki Ammakr Ahyan”

image is not available

“Nampak Happy Sangat Ammar, Alhamdulillah”

image is not available

“Alhamdulillah Allah Dah Tulis Rezeki Ammar Ahyan, Terus Jadi Anak Soleh Kebanggaan Mama & Papa”

image is not available

“Yang Ini Aku Sokong Emak Ayah Belikan Sebab Anak-Anak Dia Pun Ikut Bekerja”

image is not available

“Dia Layak, Tengok La Dia Kerja Untuk Company Emak Ayah Dia Macam Mana”

image is not available

Source: