“Dia Lelaki & Anak Yang Baik..” – Amira Othman Yakin Fattah Amin Calon Tepat Untuk Dijadikan Suami

EntertainmentLifestyle
8 Sep 2025 • 7:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lagi beberapa hari mahu mendirikan rumah tangga bersama, penyanyi, Amira Othman mengakui sikap terpuji aktor, Fattah Amin yang membuatkan dirinya jatuh cinta.

Fattah Amin calon terbaik untuk dijadikan suami

Menurut Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 32, Fattah merupakan seorang lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai calon suami.

Bagi saya dia memang seorang lelaki yang baik, malah juga anak yang baik.

image is not available

 

Dalam pada itu, penyanyi tersebut juga meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada bakal suami, selain yakin komunikasi kunci untuk keharmonian rumahtangga.

Nak cakap lebih-lebih pun nanti orang kata kau belum kahwinlah apalah kan. Tapi saya yakin kalau dia orang yang baik, semuanya boleh dibincangkan. Itu saja yang saya rasa saya perlukanlah.

Lega dapat tunaikan janji

Tambahan Amira lagi, dia berasa lega dapat menunaikan janji berkongsi khabar berita gembira itu kepada orang ramai, terutamanya buat peminat.

image is not available

 

image is not available

image is not available

Disoal pula tentang Amira, Fattah Amin berkata dia jatuh cinta dengan keperibadian lemah lembut serta adab penyanyi terbabit.

Sekadar info, majlis ijab kabul kedua-dua selebriti itu akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV pada pukul 8 malam, 14 September, Ahad ini.

image is not available 2025-09-08 19:24:53

“Moga Ini Pertama & Terakhir” - Bakal Berkahwin, Peminat Fattah Amin & Amira Othman Luah Rasa Gembira